Skip to main content

virus "1 litre of tears"...

assalamualaikum wrb...
apa khabar iman anda pada hari ini? adakah mendatar? atau semakin mantap? insyaAllah iman kita semakin bertambah hendaknya....


citer yang menjadi fenomena


tak taulah. sekarang ini, telah melanda satu wabak yang agak berbahaya juga lar kat sini. semakin ramai yang telah dijangkiti virus "1 litre of tears". ni semua salah si penyebarnye... (nama terpaksa dirahsiakan) hahaha...


ye lar. mana tak nye. ada yang tengah makan kat kafe pun boleh layan citer ni. ni kan pulak malam-malam sebelum tido. lepas tu start lar babak air mata. masing2 mata merah... huhu... walaupun lelaki egonye tinggi, susah nak titiskan air mata, tapi bile tengok citer ni, hilang keegoaan. ada jugak yang control macho, haha... tahan sebak...


bukan ape lar. memang citer ni betul-betul menyentuh perasaan. cerita mengenai kehidupan seorang gadis yang mengalami sejenis penyakit yang menyebabkan urat sarafnya kurang berfungsi... huhu. nak tulis sinopsis pun tak tahu sebab tak tengok habis lagi citer ni. so, sape2 yang nk tgk, silakan. citer ni memang best dan banyak memberi kita pengajaran....


haha.. walaupun kecik laptop tuh,
yang penting semangat dan penghayatan...
okeyh! kepada sahabat2 ku.. teruskan perjuangan korang ye untuk menghabiskan citer ni. huhu.... aku nanti2 lar layan.... kalau ad mase free... hahaha...

beresss...
assalamualaikum wrb..




Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege