Skip to main content

duhai saudaraku, bingkas bangkit!

assalamualaikum wrb...

Bangsa Melayu, Bangsa Berdaulat
sedih....! itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan ini melihat nasib bangsa melayu kita yang semakin terumbang-ambing. sedarkah kita wahai orang melayu yang kita sekarang ini dijajah di tanah air kita sendiri? sedarkah kita bahawa hak kita sebagai orang melayu dan bumiputera semakin terhakis serta sentiasa dipertikaikan? bangunlah wahai bangsaku yang masih lena dibuai mimpi indah....!

budaya lepak yang merugikan bangsa.
di manakah anak bangsa melayu yang diharap dapat membela nasib kita ini? mana perginya bangsa melayu yang dahulunya dikagumi dek kerana keberanian seperti Hang Tuah? hurm... termenung seketika. melihat data-data dan statistik yang dikeluarkan.... ramainya anak bangsa melayu yang berada di PUSAT SERENTI. ada juga yang lena diulik mimpi gejala sosial. dan ada juga yang terumbang-ambing entah ke mana hala tujunya. apabila merokok menjadi menu harian bangsa melayu, melepak menjadi aktiviti rutin, seks rambang sebagai santapan lazat, pembuangan bayi adalah hobi, pergaulan bebas menjadi keutamaan, maka timbul persoalan, dimanakah letaknya agama mereka? apa sudah jadi dengan bangsaku ini??? kerana terpengaruh dengan budaya barat, semuanya hancur berkecai. budaya barat yang kotor itu telah meresap masuk dalam bangsa melayu kita dek lemahnya benteng JATI DIRI bangsa melayu.



bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

merokok yang mendatangkan seribu satu kerugian.

apa sudah jadi???

masalah sosial yang semakin hari semakin meruncing.


mana identiti kita yang dahulunya dikagumi kerana nilai-nilai bangsa yang unik dan menarik??? bilakah semua ini akan berakhir...? modal insan inilah yang diperlukan demi memartabatkan serta memajukan bangsa dan negara. jika mereka "musnah" akibat ledakan itu, maka rugilah kita. aset negara yang sangat berguna itu akhirnya menjadi "sampah" yang tiada gunanya lagi hanya menyusahkan kita semua kelak...



sedarkah kita bahawa sekarang ini segalanya dikawal oleh bangsa lain? kuasa ekonomi telah dirampas takhta oleh bangsa lain. kuasa politik kita juga sekarang ini sedang menyalakan lampu amaran supaya kita berhati-hati. oleh itu, apakah yang kita ada? nak ke kita dipimpin oleh mereka yang bukan bangsa melayu? fikirkanlah...

ayuh BANGSAKU...! marilah kita sama-sama berubah. bangkitlah dari lenaan tidur yang nyenyak itu. inilah masa untuk kita bertindak agar tidak terlambat. berubah demi kemajuan bersama. bak kata Hang Tuah, "tidak melayu hilang di dunia...".  ayuh BANGSAKU..! kita bergerak seiringan, seia sekata, senada sesuara, menebus maruah bangsa yang kian dirobek...!
semoga suatu hari nanti bangsa kita akan menjadi bangsa yang digeruni. insyaAllah.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri...".

marilah kita sama-sama berdoa agar bangsa kita terus bertahan.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa. Engkau bukakanlah pintu hati saudara sebangsa dan seagama dengan ku yang masih lagi asyik dengan keseronokan dunia yang sementara itu. Engkau jauhilah kami dari kelalaian, kelekaan serta Engkau luruskanlah jalan kami dalam menuju syurga-Mu. tingkatkanlah jati diri kami serta iman kami agar kami menjadi bangsa serta umat-Mu yang dirahmati. satukanlah bangsa kami, kuatkanlah bangsa kami dan peliharalah bangsa kami. sesungguhnya Engakaulah tempat kami bergantung harap. amin...

p/s: entry ini bukan berbaur perkauman atau memusuhi mana-mana kaum. kita kan 1Malaysia. segala salah dan silap harap maaf. segala yang baik itu datangnya dari Tuhan Sekalian Alam dan yang buruk itu adalah dari kelemahan penghuni alam tersebut.

assalamualaikum wrb...




Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege