Skip to main content

Masjid Sabornaya, Moscow Russia. - Masjid terbesar.

assalamualaikum wrb
semoga hari yang kita lalui pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah, hendak-Nya.

alhamdulillah, hari ini aku serta beberapa rakan yang lain berkesempatan untuk berkunjung ke salah sebuah masjid yang terdapat di rusia ini. iaitu masjid Sabornaya atau Moscow Cathedral Mosque. Masjid ini terletak berhampiran dengan Metro  prospek mira. jaraknya agak jauh dari asrama kami. kira-kira satu jam perjalanan. walaupun suhu pada hari ini 5 darjah celcius ( sangat sejuk sehinggakan tangan tak rasa apa-apa), kami tetap meneruskan langkah kami untuk menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

masjid sabornaya, masjid terbesar di moscow.
berhadapan dengan masjid sabornaya.
alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba jua di masjid sabornaya ini. untuk pengetahuan, masjid ini masih lagi dalam proses pembesaran. hal ini kerana, bilangan umat islam di bumi soviet ini semakin meningkat saban hari (alhamdulillah). kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang saudara islam dari bumi moscow ini, iaitu Encik Murad (maaf, gambar tak sempat nak ambil). orangnya memang baik dan sangat mesra dengan kami, walaupun kami tidak fasih berbahasa rusia.

masih dalam proses pembesaran.

masjid sementara, bersebelahan dengan bangunan asal masjid.
alhamdulillah, kami juga diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan solat fardhu zohor berjemaah di masjid ini bersama dengan komuniti islam di sini. kagum kami dibuatnya. masjid sementara yang dibina itu penuh dengan orang ramai yang datang untuk solat berjemaah (agak jauh beza dari malaysia) termasuk golongan muda dan orang tua. aku juga berkesempatan untuk bersalam dengan imam masjid ini. beliau ada bertanyakan aku dari mana asalnya aku ini. aku menjawab, malaysia. yang aku terkejutnya, beliau tahu nama malaysia dan menyatakan malaysia itu bagus! aku bangga menjadi anak malaysia! ^_^

kawasan sekitar masjid.

suasana di dalam masjid sementara.

solat zohor berjemaah bersama komuniti islam rusia.

sedikit bahan video untuk tontonan semua.
maaf, video kurang berkualiti...


semoga Agama islam terus subur di bumi rusia ini, insyaAllah... amin...
itu sahaja untuk entry pada kali ini. diharap ianya memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita semua, insyaAllah.

Alamat:
Building 3, pereulok Vypolzov, 7, Moscow,Russia
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Masjid ini : PAUTAN

assalamualaikum wrb.

salam seribu kali sayang dari bumi rusia.



Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb
Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang, wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, kemantapan akida…

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan negeri dibawa…

Pelukis Jalanan

Tajuk:Pelukis Jalanan
Penulis:Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publications
Genre: Perkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi.

Sinopsis dari buku:

Kisah si pelukis jalanan.
-Dapat biasiswa ke luar negara
-Terkandas di A-Level
-Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
-Kerja di fast food restaurant untuk servive
-Bank account balance = 0.00
-Ditikam belakang oleh rakan sekelas
-Sebulan makan nasi+telur+garam
-Mula melukis di jalanan
-Lukisan mula menempah nama di Instagram
-Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

***
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah

Ulasan:

Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku (facebook) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan cantik. Ketika di Mosko lagi aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan …