Skip to main content

warna-warni perjalananku- orang russia suka membaca!

assalamualaikum wrb. peace be upon you!

~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

ayuh! ucapkanlah alhamdulillah, tanda syukur kepada ya Rabb atas segala kenikmatan yang diberikan kepada kita. jika ingin dihitung nikmat yang Allah berikan kepada kita, sudah tentu sampai bila-bila ianya tak akan habis.

kata orang, jauh perjalanan, luas pengetahuan. memang betul! aku sokong 100%. hehe... bukan apa, sejak aku bermusafir ni, macam-macam yang telah aku tengok dan macam-macam yang telah aku lalui. jadi, untuk berkongsi pengalaman aku itu, aku akan buat slot "warna-warni perjalananku". slot ni aku akan kupas, cerita dan berkongsia warna-warni kota Moscow dan pengalamanku ketika bermusafir ini. huhu.. moga dipermudahkan oleh Allah untuk aku menaip artikel-artikel tersebut.

jom baca!

untuk kali ini aku nak 'story' mengenai 'budaya membaca' masyarakat Eropah amnya dan masyarakat Rusia khasnya. kalau semua nak tahu, kenapa kebanyakkan negara eropah mendahului dalam kemajuan baik dari segi infrastruktur, teknologi dan juga ilmu? hal ini kerana, budaya membaca serta kesedaran menuntut ilmu dalam kalangan masyarakatnya yang sangat tinggi. kalau kat sini, mana-mana sahaja boleh lihat masyarakatnya sedang membaca. baik dalam kereta api, bas, ketika menunggu bas atau ketika di kedai makan.

membaca juga tanpa mengenal tempat.

untuk pengetahuan semua, yang lebih menariknya, bukan golongan muda atau remaja atau dewasa sahaja yang suka membaca. tapi, golongan emas atau orang tua pun cukup gemar membaca! seriously, aku tak tipu. umur mereka mungkin sama umur dengan atuk dan nenek kita. boleh bayang tak? huhu... kadang-kadang aku terfikir, pernah ke aku lihat 'nenek' di Malaysia membaca dalam LRT atau dalam bas? aku boleh jamin sangat-sangat jarang kita lihat. betul tak? tapi kat sini aku cukup kagum dengan budaya mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. kajian juga ada menunjukkan bahawa membaca mampu menguatkan minda. sebab itu lah aku rasa nenek dan atuk kat sini nampak sangat sihat! mungkin mereka mengamalkan budaya membaca ni kot. hehe...

menuntut ilmu tanpa mengenal usia.
ilmu Allah sangatlah luas.
hanya tanya pada diri,
mahu atau tidak dengan ilmu it....


teringat aku akan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda Rasulullah SAW,


wahyu ini menyuruh umat Islam membaca serta mencari ilmu. "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".  tetapi, menjadi satu persoalan, kenapa budaya itu kurang dipraktikkan dalam kalangan umat Islam? ini menjadi satu cabaran buat diri aku serta para pembaca bagi menyahut 'seruan Allah' ini agar membudayakan ilmu, insha Allah. Ilmu Allah tersangatlah luas dan banyak, jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa tiada apa untuk dibacakan. teringat kata-kata ilmuan Islam yang terkenal, "semakin banyak aku mempelajari ilmu itu, semakin aku merasakan diri ini jahil." jelas menunjukkan bahawa ilmu itu luas, seluas-luasnya!

kesimpulan yang dapat aku buat adalah, ayuh! mari kita semua membudayakan membaca ini dalam kehidupan seharian kita. confirm, dengan membaca ni sedikit pun kita tak rugi. membacakan jambatan ilum. tapi kalau membaca bahan-bahan yang tidak berfaedah tu, pandai-pandai la fikir ye.... huhu...

p/s: nak tanya, siapa ada cadangan, buku apa yang menarik untuk di baca? tak kira la novel ke apa ke (tak nak yang tak berfaedah la ye,.. :p ) kalau ada, share2 la ye... huhu

ok la. jumpa lagi, insha Allah.. "bangsa membaca, bangsa berjaya!"

assalamualaikum wrb.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB  : 

Comments

  1. assalamualaikum..mungkin boleh try baca novel "denyut kasih medik" karya Dr.Farhan Hadi terbitan telaga biru

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege