Skip to main content

kenapa perlu banyak sedangkan tujuan hanya satu?

 ~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum wrb.
Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan kebesaran-Nya kita masih lagi dapat meminjam kehidupan didunia ini daripadaNya. Alhamdulillah.

Pertamanya, aku ingin memohon seribu kemaafan andai entry yang aku coretkan ini melukai hati mana-mana pihak. Bukan niat aku untuk menyakiti hati mana-mana pihak, tapi ini adalah satu wadah bagi aku untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku ini sahaja. Jika ada salah dan silap, aku sangat-sangat memohon tunjuk ajar daripada yang lebih arif.

Ok. Kembali pada tajuk entry ini, "kenapa perlu banyak sedangkan tujuan hanya satu?" Itu adalah persoalan yang sering berkejaran di dalam benak fikiran aku yang setahun jagung ini.

"umat Islam kini ibarat buih dilautan, walaupun banyak tetapi ianya rapuh"

Bilangan umat Islam sangat ramai di dunia ini. Namun, menjadi permasalahan sekarang ini keadaan itu tidak menjamin kekuatan umat Islam itu sendiri. Sifat assabiyah dan berpuak-puak antara umat Islam telah menjadi tembok penghalang untuk umat Islam ini bersatu dan membentuk satu angkatan yang kuat serta mantap.

Usah memandang terlalu jauh. Lihat sahaja di dalam negara kita, Malaysia yang kita sayangi. Pelbagai pihak terutamanya umat Islam berpecah belah dek kerana ideologi dan pendapat yang berbeza serta 'gila kuasa' antara individu tersebut. Adakah perbezaan itu menjadi tembok penghalang?

Peningkatan masalah gejala sosial serta kurangnya minat generasi muda atau lebih glamor dikenali 'generasi Y' dalam mendekatkan diri dari kegiatan agama adalah salah satunya berpunca daripada tiadanya keSATUan dalam kalangan umat Islam. Generasi sekarang agak 'malas' dan 'bosan' untuk mendekati Islam kerana tertalu banyak puak yang mempunyai ideologi masing-masing. Mereka muak dengan dakyah yang pelbagai serta ketidaksefahaman antara puak-puak tersebut. Alangkah ruginya kita.

Pemuda atau rijal merupakan aset yang begitu penting dalam pembentukan sesebuah empayar. "bagilah aku sepuluh oang pemuda, nescaya akan aku gegarkan dunia ini," kata-kata mantan Presiden Indonesia. Nah, sungguh besarnya peranan pemuda itu sendiri.

Oleh itu, satu solusi yang mantap perlu digerakkan. Agar yang keruh kita j ernihkan, yang kabur kita jelaskan. Ayuhlah umat Islam. Kita berSATU atas keSATUan yang jitu. Kita berganding berlandaskan Agama yang SATU, akidah yang SATU, serta prinsip yang SATU. Semoga Islam tersebar ke dalam hati sanubari para rijal. Ketepikan ideologi yang pelbagai itu kerana kita adalah SATU!!!


Assalamualaikum wrb.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB aku! : 

Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege