Skip to main content

trek kehidupan

assalamualaikum wrb....
alhamdulillah, korang masih lagi dapat bertandang ke blog aku ni ye... huhu... dan alhamdulillah juga sebab aku dapat meng'update' blog kesayangan aku ni... hahaha.... *lebih sayang dari bantal busuk aku!!!. it's fact! hehe..

baiklah, korang pernah masuk pertandingan lumba lari tak? mesti ade je yang pernah kan. mase zaman skolah2 tu... ala... mase hari sukan ke. ape ke. pernah? ok2, kali ni aku nak buat satu analogi mengenai kehidupan kita. bukan pertandingan lumba lari la.. huhu... kehidupan kita ni kita boleh analogikan sebagai satu trek ataupun perjalanan yang sudah pasti ada permulaan dan pengakhirannya serta mempunyai beberapa 'checkpoint'. aik? macam mana tu? ok, untuk lebih jelas. tengok gambar di bawah ye...

trek kehidupan
macam mana? ada sedikit jelas atau kabur? tulisan putih tu merupakan 'checkpoint' yang kita ada. kita bermula dari alam roh sehinnga berakhir di alam akhirat.. huhu.... jom kita selami dan hayati di setiap checkpoint tersebut. jom!

PERMULAAN

alam roh
ketika ini, roh telah besumpah bahawa Allah itu adalah Tuhan mereka. dan ketika alam inilah telah tercatitnya tiga perkara keatas kita. pertama jodoh pertemuan, kedua rezeki dan yang ajal maut. jadi, sebagai hamba Allah, mengapakah kita tidak mensyukuri nikmat rezeki yang Allah berikan? bukankah Allah itu Maha Adil lagi Maha bijaksana?

CHECKPOINT 1

alam rahim
ketika alam ini, manusia itu diciptakan daripada setitis air mani yang sangat hina. ingat, air mani yang sangat hina. jadi, manusia janganlah bongkak dan sombong ye! diri kita ni sangat2 hina.... (muhasabah diri). lepas tu, terjadilah proses2 kejadian seorang manusia. ketika alam ini juga, roh ditiupkan kedalam jasad tersebut dan sebelum roh itu ditiupkan, roh sudah bersumpah bahawa Allah itu Tuhannya. jadi, tak malu ke kita memungkiri janji dengan Allah? persoalan.....

CHECKPOINT 2

alam dunia
selepas alam rahim, manusia itu dilahirkan ke dunia ini. alhamdulillah.. bertapa gembiranya insan yang bergelar ibu dan ayah. "bayi yang baru lahir itu umpama sehelai kain putih, ibu bapanyalah yang bertanggungjawab menasranikannya, memajusikannya ataupun meyahudikannya...". tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadat dan menjadi hamba kepada Allah. selain itu, tugas manusia juga adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. khalifah yang memakmurkan bumi Allah ini. namun, satu persoalan untuk diri aku dan juga para pembaca, bagaimana kita melaksanakannya? hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya....

CHECKPOINT 3

alam barzakh
perhentian seterusnya adalah alam kubur ataupun alam barzakh. "setiap yang bernyawa pasti akan mati". kematian itu adalah satu kepastian. bila dan dimana? hanya Allah sahaja yang tahu. tetapi yang pastinya Allah tidak akan melewatkannya mahupun mempercepatkannya walaupun sesaat. bekalan yang kita mampu untuk menempuhi alam ini adalah doa anak yang soleh, amal jariah dan juga ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain. suka aku timbulkan satu lagi persoalan, bersediakah kita untuk menempuhi alam ini? fikirkanlah...

PENAMAT

alam akhirat
akhir sekali manusia akan berada di alam akhirat. pada alam ini manusia akan dihisab segala amalan mereka di dunia ini. amalan akan ditimbang di neraca al-mizan dan mereka yang beramal soleh, syurga menanti mereka dan sebaliknnya. 

kesimpulan bagi penamat dalam trek kehidupan ini (sama ada syurga atau neraka) bergantung atas apa yang kita lakukan ketika di alam dunia ini. jika baik amalan kita, maka baiklah penghujungnnya nanti. jika buruk amalannya, maka buruklah pengakhirannya nanti. sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita mampu berfikir dan membuat keputusan yang waras.

Ayuh berubah kearah yang lebih baik!!! ingat, pintu taubat Allah masih lagi terbuka buat kita. kematian tidak menunggu kita tau... insha Allah, segala yang baik itu hanya datangnya dari Tuhan Maha Bijaksana dan yang lemah itu juga datangnya dari Allah akibat kejahilan serta kehinaan diri ini.

"keputusan di tangan anda. anda mampu mengubahnya"

assalamualaikum wrb..

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



jom like fan page FB  : 

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege