Skip to main content

bukan keranamu tetapi kerana Dia

assalamualaikum...

kadang kala diri ini lemah, termakan akan godaan syaitan yang sangat licik. dia (syaitan) menyelinap masuk kedalam hati kita tanpa kita sedari dan menjadikan kita terleka. dari sudut luarannya, memang sesuatu perbuatan itu tampak baik, namun itulah permainan syaitan laknatullah. mereka sengaja menggoda hati ini supaya kita terpengaruh akan sesuatu perkara  itu. nauzubillah.....


ya Allah,
sedarkanlah aku... aku tahu, aku telah silap. aku terpengaruh dek bisikan manis musuh utamaku. mereka telah menawan diri ku ini... bagilah aku kekuatan, untuk menghunus senjata keimanan kepada musuh ku itu, ya Allah...

ya Rabb,
bagaimana perlu aku ungkap pada si dia? adakah dia akan memahami perkara ini? mungkin dia memahami.. mungkin juga dia keliru dan masih lagi tidak mengerti...

ya Rahim,
dengan rahmat kasih sayang-Mu, Engkau kasihlah kami ya Allah. usahlah Engkau biarkan kami lemas dalam dosa yang sangat halus... dosa yang kami sendiri pun tidak menyedarinya... kami leka ya Allah... sayangilah kami ya Allah....

ya Aziz,
tuhan yang Maha Mulia, tunjukanlah kami jalan yang lurus. permudahkanlah kami ya Allah... insha Allah, jika berdiam diri dan menjauhi darinya adalah yang terbaik buat diriku dan dirinya, aku terima Ya Aziz.

Ya Muhaimin,
Tuhan yang Maha Memelihara, peliharakanlah kami dari dosa. peliharakanlah iman kami dari dicemari. peliharakanlah kehidupan kami agar mendapat barakah dari-Mu, ya Allah...

Ya 'Alim,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, jika ada jodoh diantara kami, permudahkanlah urusan itu. jika dia adalah bidadari dunia dan akhirat buatku, berkatilah kami, Ya Allah.. insha Allah..

buat kamu,
aku berubah ini, bukanlah keranamu tetapi kerana Dia, Tuhan pemilik Cinta sebenar...


wassalam...

p/s: entry ini tiada kaitan antara hidup dan mati ye... ini adalah karya semata-mata

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege