Skip to main content

St. Petersburg, keindahan alam keagungan ciptaan Allah...

assalamualaikum wrh...

Alhamdulillah, pada cuti summer baru-baru ni. aku (dan beberapa kawan yang lain) berkesempatan utk berjaulah (melancong) ke bumi indah, bumi St. Petersburg. St. Petersburg merupakan  salah satu wilayah di persekutuan russia ini. tempat ini amat terkenal dengan tempat pelancongan bertaraf dunia.

mula-mula kaki melangkah di bumi ini, niat pertama kami adalah untuk melangkah serta berziarah di masjid yang terdapat kat St Petersburg. alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami untuk mencari sinaran Islam di tanah bertuah ini...

tidak terkata aku tatkala melihat alam ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan. melihat peraturan Allah yang cukup sempurna dan indah. terkelu. dalam hati aku asyik menyebut "subhanallah" (Maha Suci Allah). kagum!
"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat. maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah [83]. Sesungguhnya Allah maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui." surah al Bakarah, ayat 115.

pengalaman "nightless" atau "tiada malam" di tanah istimewa ini betul2 membuatkan aku terfikir, hebatnya Kuasa Allah. terasa begitu kerdil dan jahil diri ini. ini menunjukkan bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja dan tiada yang mustahil bagi Allah kan? dassss! satu das tembakan terkena di otak fikiran aku. terdetik satu firman Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 13, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" hurmmm....

secara kesimpulannya, berada di bumi St Petersburg selama 3 hari ini banyak mengajar aku pelbagai perkara. indahya Islam di bumi asing, Agungnya ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya dan lain-lain lagi.
so, untuk itu aku kongsikan beberapa keping gambar ye.. harap berpuas hati.. ^_^

p/s: ini adalah sedikit je gambar2 ye. x larat nak upload banyak2. maaf








 

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege