Skip to main content

amanah yang terlupa


senangnya kita di sini
senda gurau menyapa diri
tiada derita untuk ditangisi
hidup bahagia bersulam damai
meniti hari mencapai mimpi

namun deritanya mereka di sana
kedamaian hanya impian semata
hidup sentiasa bersiap siaga
tidurnya berselimut sepucuk senjata
menanti hari menjejak syurga


duhai insan duhai saudara
kota suci itu amanah kita
di situlah Islam melontarkan harumannya
kota itu milik ummat kita
tempat penyaksian agungnya peristiwa

kini,
kota suci itu sudah dicabul
dirampas rakus si durjana
menceroboh tanpa segan silu
umatnya dibunuh tiada kemanusian
tanah suci menjadi merah
mengalirnya darah para syuhadah
itulah perjuangan mereka
menjaga amanah yang kita lupa


namun kita,
amanah itu hampir kita lupa
amanah yang mungkin tak terdaya
jauh kita menghunus senjata
jauh juga untuk ke sana
tak bersalahkah kita pada mereka?

duhai sahabat,
sedarlah kita akan amanah
jika diri tidak mampu dikirimkan
kirimlah doa untuk mereka
ya, mereka bukan mahukan kita
tetapi mereka mengidamkan doa kita....



ya Allah, 
sesungguhnya amanah memelihara al-Quds itu milik kami semua. 
namun, kami mungkin tidak mampu untuk mencari syahid di sana.
ya Allah, 
kami juga menginginkan syahid itu. 
namun, kami tidak mampu menghadirkan diri ke sana mempertahankan kota suci itu. 
ya Allah,
sampaikanlah doa kami buat saudara kami di sana. agar mereka terus kuat melaksanakan amanah kami untuk memelihara kota itu.
ya Rahman, Ya Rahim... 
kabulkanlah doa kami. ameennn...



Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege