Skip to main content

Moscow bersalji ^_^

Huhh... sejukkkkk...
Wahhh... snowing la hari ni... ^_^
alhamdulillah. Allah telah memberikan aku nikmat untuk merasai ciptaan serta aturan Allah yang sangat hebat. Bersyukur kerana aku dipilih dan diberi peluang untuk berada di negara 4 musim ini. Tatkala entry ini ditaip, snow sedang menjalankan kewajipannya untuk memutihkan bandaraya metropolitan Moscow. SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah menjadikan pelbagai kejadian agar kita berfikir bertapa hebatnya Allah.

Tahun ini kali kedua aku dapat merasai salji putih dan suhu dibawah takat beku. Alhamdulillah. nikmatnya apabila winter itu muncul. Kenapa? haa...

1. Waktu siang menjadi singkat. Dalam 8 jam sahaja. Sekejap je kan? Sekarang ni waktu subuh dalam pukul 7.30 pagi dan syuruk dalam pukul 9.30 pagi. Then, maghrib pula dalam pukul 5 petang. Tgk, beruntung tak kalau puasa masa ni? dlm pkul tujuh pg tu boleh je lagi nk sahur. Pastu berbuka puasa pukul 5 ptg. Nikmat... hehe.

2. Waktu malam lebih lama. Kenapa aku kate best? Haaa, sebab kalau bangun pukul 9 pagi masih sempat untuk solat subuh... opppsss... tapi tak kan nk bangun lambatkan. Insha Allah, waktu subuh yang lewat tu boleh kite manfaatkan utk qiamulail dan bertahajud. Besar pahala tahajud tuh... tak ke 'besar' hadiah yang Allah kasi ni kan.

3. Sejuk. Sejuk pun satu nikmat la. Boleh berhibernasi dengan jayanya. Kiki..

4. semua bertukar putih. hehe. boleh tahan la view die time ni... tak caya, tgk gambar2 y aku lampirkan ni ye.. ^_^











wassalam...
p/s: smoga musim winter ni mampu meningkatkan amalan kite. jom pesta ibadah. =)

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege