Skip to main content

Aku budak kampus

Alhamdulillah...
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.


Nampaknya adik-adik lepasan spm sudah sibuk bersiap diri untuk melangkah kaki ke alam menara gading. Yeahh.. mungkin alam ini dianggap begitu menyeronokkan. Mana taknya. Alam universiti ni telah di"gula-gula"kan dengan pelbagai seribu satu kisah dongeng kemanisan. Antaranya kebebasan, bercinta, tiada lagi pakain seragam dan sebagainya. Amat berbeda dengan alam sekolah dulu yang sentiasa terikat dengan peraturan, disiplin, pakaian seragam. Arghhh.. rimas.

Eh, sekejap.
Melangkah ke menara gading ini bukanlah satu kredit untuk diri kita bebas sepenuhnya. Ya, mungkin pada tahap ini kita tidak perlu lagi berpakaian seragam putih, seluar hijau sampai atas pusat (erkkkkk????), berbutang baju sampai ke tekak, bertali leher dan sebagainya. Tetapi, penampilan itu amat perlu dititik beratkan. Bak kata orang putih, "first impression". Penampilan itu sendiri menggambarkan keperibadian kita. Bukan nak suruh bergaya tahap dewa dan berbelanja pakaian mahal2. Seluar Levis, beg tangan Gucci, baju Polo, dan segala mak nenek lagi la. Tetapi cukuplah sekadar bersih dan kemas. Tidak perlu mebazir dan bermewah. Cukuplah yang murah tetapi menarik dan cantik. Tak gitu?

"Allah itu bersifat cantik dan Dia menyukai kecantikan"

Dialam kampus ini, kita akan terdedah dengan satu budaya yang bagi saya hanyalah merapu, merepek, mebazir masa dan wang ringgit dan juga tenaga. Apa dia? Ya, Cinta Kampus! Huh, chenta yang tiada pucuk pangkalnya. Hanya berlandas hawa berlapikan nafsu semata-mata. Islam memang membenarkan chenta, tapi biarlah chenta itu betul dan berlandaskan syariat islam. Bagi saya, daripada melayan karenah "kekasih hati" tu adalah lebih baik melayan karenah ilmu Allah yang Maha Luas itu. Huh. Berpeluh.

Satu-satunya benteng penghalang kita daripada 'virus' kampus yang berbahaya itu adalah dengan iman. Yup. Dengan iman yang kaut, insha Allag kita akan selamat malah akan menjadi pelajar yang cemerlang. Aminnn. Tapi bagaimana? Lindungilah diri dengan diselimuti qalam daripada Allah, hiasi diri dengan solat dan bergaulah dengan mereka yang mampu mendekatkan kita kepada Allah. Insha Allah, apabila kita mendapat redha Allah maka berkatlah segala ilmu yang kita timba itu.

So, apa lagi! Jom menjadi pelajar yang OSEM dan hensem dengan mendekatkan diri kepada Allah.

"Pelajar yang hensem adalah mereka yang baik agamanya"
Gulp.

pautan: tips ipt, menara gading, pelajar, tips seorang mahasiswa, matrikulasi, maktab perguruan

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege