Skip to main content

Tawakal, pilihan terakhir?

"Aku tawakal je esok"

Dalam dunia pelajar ni, saya pasti ramai diantara kita yang pernah mendengar ungkapan tersebut. Malah ada yang sering menggunakannya terutama tatkala musim peperiksaan. Betul tak? Ada yang tawakal selepas berusaha. Ada yang tak usaha langsung tapi tawakal. Huh. Hebat.

Tawakal adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Erti tawakal adalah kita berserah diri dan menyandarkan segala pergantungan kita kepada Allah. Tapi, persoalan. Sejauh manakah kebergantungan kita pada Allah? Persoalan yang rasanya boleh dijawab oleh tuan empunya badan la kot.

"Tawakal itu bukan ketika akhir usaha tetapi tawakal ketika kita sedang berusaha"

Maksudnya, sambil kita berusaha keras dalam pelajaran atau apa jua perkara yang dilakukan, kita mestilah meng'pusat'kan segalanya hanya kepada Allah. Ketika kita melaksanakan usaha yang sudah pasti super duper power, jangan lupa untuk terus bergantung kepada Allah.

"Allah tengok usaha bukan result"

Benar, keputusan itu milik Allah. Apa yang Allah nilai adalah segala kerja buat kita dan sejauh mana kita berusaha. Ingat, sambil jasad kita gigih berusaha, jangan lupa jadikan hati itu merintih mengharap kebergantungan kepada Allah 100%!

Itulah tawakal! Bukan kita tak berusaha langsung. Alih-alih kita tawakal. Itu konsep yang salah. Tawakal kita pada usaha bukan pada keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege