Skip to main content

Kepelbagaian dalam kesatuan

"Ashrul, you boleh buatkan I kuih lapis tak? I dah lama tak makan. I suka kuih-muih melayu ni"

"I bawa budu tahun ni datang Moscow. Kamu semua yang ajar I makan budu. Now, I dah suka makan budu."

"Sambal belacan is my favourite. Yummmyyy"

Percayakah anda kalau aku katakan dialog-dialog diatas keluar dari mulut kawan india dan cina aku? Percayalah. Itu adalah hakikat. Aku sendiri pada awalnya tidak percaya yang kawan india aku yang sudah ketagih dengan budu. Sounds weird. Nak tergelak pun ada juga. Tetapi memang aku kagum dengan mereka. Aku sendiri pun suka makan kari ayam india cicah roti canai. Jadi apa masalahnya,Kita kan Orang Malaysia! 

Imej dari google
Pernah makan rojak ayam? Ayam. Mee. Sayur. Jemput-jemput. Kuah kacang. Digaul sekali dan rasanya sungguh enak. Salah satu makanan kegemaran aku dan pasti aku akan mendapatkannya sebelum terbang ke bumi Russia. Entah mengapa bagi aku makanan ini sungguh unik dan signifikan dengan kehidupan kita di bumi bertuah, Malaysia. Kesepaduan rasanya dan kepelbagaian tekstur menggamit hati! Perhhh. Tetiba terliur dan kempunan ni.

Berbalik kepada realiti kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Melur, Ah Meng, dan Muthusami. Rupa kita berbeza. Warna kulit kita berbeza. Agama kita berbeza. Bangsa kita pun berbeza. Namun, kita tinggal di dalam sebuah negara yang cukup harmoni dan bersatu padu. Mengimbau kesepakatan dan kesungguhan datuk nenek kita untuk meraih kemerdekaan daripada British, amat wajarlah kita sebagai anak watan pasca merdeka ini meneruskan amanah tersebut. Menjaga keamanan dan kestabilan yang sudah sekian lama terbina.


Teringat kata-kata Shaykh Hamza Yusuf baru-baru ini ketika beliau berada dibumi Malaysia, "Allah loves unity through diversity." Allah menyayangi kesepakatan melalui kepelbagaian. Hidup dibumi Malaysia cukup bertuah. Bukan sengaja Allah membuat percaturan meletakkan bumi Malaysia dihuni oleh kepelbagaian bangsa dan agama. Jom kita meneliti kalam cinta dari Allah.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Al Hujurat : 11

Indah bukan? Allah telah memberi satu anugerah yang tidak ternilai kepada penduduk Malaysia iaitu kepelbagaian suku dan kaum. Jadi, sambutlah firman Allah itu dengan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Semaikan benih kecintaan, bajailah dengan kesepakatan serta toleransi dan tuailah buah-buah kedamaian yang ranum.

Ayuhlah semua. Sempena hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun, sama-sama kita mengukuh ikatan kesepakatan dalam kemajmukan, mengeratkan perpaduan dalam menjamin keharmonian tanah air kita. Buangkan sifat perkauman dan rasis yang akan memburukkan lagi negara kita. Hormati hak dan kebebasan bangsa lain. Bak kata orang, bersatu teguh bercerai roboh. 


Selamat Hari Malaysia. #SayNoToRasist

Imej dari google







Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege