Skip to main content

Celik Politik | Apa Anak Muda Mahu

"Dulu lain, sekarang lain..." *ikut rentak SM Salim.

Itu yang aku lihat pada waktu dan ketika ini. Pada pandangan aku, generasi muda kini telah celik dan mampu menilai sendiri situasi politik yang berlaku sekarang. Apa yang baik dan apa yang buruk. Neraca yang mereka guna adalah segala maklumat apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari.

Jika dahulu, mereka hanya mengikut parti politik yang ibu bapa mereka anggotai. Jika keturunan itu menyokong Parti A, maka mereka pun akan tetap menyokong membuta tuli terhadap Parti A. Namun, kini semuanya telah berubah. Melihat kemajuan sistem telekomunikasi dan maklumat ini, mereka lebih terbuka dalam membuat pilihan. Mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan dengan itu, mereka boleh menilai segala bentuk penyataan yang diunjurkan oleh mana-mana parti politik. Nah, zaman telah berubah. Minda anak mudah sudah meluas.
imej: google

Ketahuilah duhai para pemimpin aku, mereka kini bukan lagi termakan dek janji-janji kosong lagi tidak relevan. 'Demand' mereka jauh lebih daripada itu. Mereka inginkan sebuah kerajaan malah pemimpin yang boleh membawa pembaikan kepada negara yang kita cintai ini. Pembaikan menuju sebuah negara yang rahmah, harmoni dan bahagia.

Pembaikan itu bukan sahaja dari segi fizikal ataupun infrastruktur, tetapi lebih daripada pengisian kepada sesebuah negara. Apa yang generasi kini inginkan adalah kos sara hidup yang lebih baik, kurangnya masalah jenayah, peluang pekerjaan yang terbuka dan bermacam lagi. Boleh disimpulkan mereka inginkan sebuah negara yang amat kondusif untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Aku pinjam kata-kata Saudara Marwan Bin Abdullah, Presiden IKRAM Siswa," anak muda mahukan 5K. iaitu Keadilan, Kebebasan, Kebajikan, Kematangan dan Ketelusan." Petikan ini aku ambil ketika menonton Bicara Sinar baru-baru ini.

Ya, aku amat menyokong dan bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh saudara Marwan. Kita amat memerlukan 5K tersebut. Aku percaya, dengan formula 5K ini inshaAllah, suatu hari nanti kita akan melihat negara kita akan lebih maju baik dari segi fizikal malah dari segi dalamannya juga.

KEADILAN untuk semua ummat yang hidup di bumi Malaysia. Tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Bukankah ini yang Islam inginkan? Islam itu 'rahmatan lil 'alami' , rahmat untuk sekalian alam.

KEBEBASAN untuk menyuarakan pandangan dan teguran. Namun, aku percaya bahawa kebebasan ini haruslah dikawal dan dijaga agar ianya tidak tersasar pada tujuan asal makna kebebasan bersuara itu atau kebebasan untuk lain-lain perkara.

KEBAJIKAN terhadap semua. Menitikberatkan aspek kebajikan masyarakat yang kini masih ramai dibelenggu dengan masalah kesempitan hidup. Keharmonian sesebuah negara boleh dijana dengan kebajikan sesebuah masyarakat itu terbela.

KEMATANGAN dari pelbagai segi. Matang dalam perdebatan, matang juga dalam perlaksanaan sesuatu perkara. Usah perbodohkan rakyat dengan kenyataan yang tidak masuk akal dan jangan sesekali meng'gula-gula'kan rakyat dengan janji yang tampak manis serta hebat.

KETELUSAN dalam pentadbiran. Hentikan segala korupsi dan rasuah. Kembali lah kepada sistem yang telus dan amanah agar hak rakyat itu direalisasikan. Dengan sistem yang bersih, aku percaya tiada lagi istilah, 'yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin'.

imej: google

Justeru itu, apa yang anak muda mahu adalah sebuah negara yang rahmah yang seimbang dari segala segi. Insha Allah, sama-sama kita doakan agar Allah sentiasa memelihara keharmonian dan kemajuan negara kita, MALAYSIA. Malaysia Menuju Negara Rahmah.



tags: Wacana Sinar Harian, Malaysia menuju negara rahmat, politik dan anak muda, 

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege