Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Pengalaman Puasa di Perantauan (Rusia)

Puasa selama lebih kurang 19 jam di bumi Rusia pada mulanya aku rasakan agak mustahil. Bermula kurang lebih pukul 2.30 pagi sehingga kurang lebih jam 9.30 malam! Namun, semuanya hilang. Entah kenapa aku merasakan ruh ramadhan pada tahun ini amat berbeza sekali. Aku dapat rasakan bahawa ramadhan kali ini penuh dengan makna dan kenikmatan yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Penat? Tidaklah! Walaupun berpuasa selama 19 jam, ditambah pada waktu musim panas dengan mengahadiri kuliah lagi, aku agak kurang berasa penat, lapar dan dahaga. Betul, tak tipu. Betul lah kata orang, kalau kita niat mahu berpuasa, Allah akan permudahkan segala urusan puasa kita. Cuba tak makan 19 jam pada hari biasa, lembik dibuatnya! huhu. Seusai berbuka di Masjid Kathedral Mosko Berbuka puasa di masjid Satu perkara yang menjadi bucket list aku sepanjang bulan ramadhan lalu adalah untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk peperiksaan akhir semesta Allah

Pelukis Jalanan

Tajuk:   Pelukis Jalanan Penulis:   Teme Abdullah Penerbit:  IMAN Publications Genre :  Perkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi. Sinopsis dari buku: Kisah si pelukis jalanan. -Dapat biasiswa ke luar negara -Terkandas di A-Level -Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri -Kerja di fast food restaurant untuk servive - Bank account balance = 0.00 -Ditikam belakang oleh rakan sekelas -Sebulan makan nasi+telur+garam -Mula melukis di jalanan -Lukisan mula menempah nama di Instagram -Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan *** "Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah Ulasan: Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku ( facebook ) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan cantik.

Ramadhan Menjadi Saksi

Seronoknya menjadi anak kecil. Berlari ke sana ke mari dengan penuh gelak tawa dan riang ria. Seakan dunia ini langsung tiada masalah baginya. Tiada apa yang perlu difikir, tiada apa yang perlu dirisau, semua kehidupannya disayangi, dibelai dan dicintai. Malah mereka suci dari segala dosa dan noda. Ahli syurga. Berbeza dengan aku. Kehidupan seorang dewasa yang banyak menuntut hak dan tanggungjawab. Banyak juga perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan sehingga membawa aku jauh dari erti hidup berTuhan. Aku hilang arah tuju, hilang akan matlamat aku hidup diatas muka bumi ini. Aku menarik nafas panjang. “Ya Allah, adakah tempat aku disisi Engkau nanti...,” gertus hati ini yang sedang menangis. Aku berjalan menuju bangku menghadap sungai Mosko yang mengalir tenang sambil si burung saling berlumba dan bermain-main bersama mereka. Angin bertiup penuh kelembutan seolah telah membawa aku termenung panjang melihat dan merenung segala peristiwa jahiliyah silam yang pernah ak

Mari Menjadi ibadullah

Pejam celik pejam celik, ramadhan tahun ini kembali lagi. Allah, terasa begitu cepat masa berlalu, begitu pantas waktu bergerak. Adakah 11 bulan selepas kita menjalani madrasah ramadhan tahun lalu telah membentuk diri kita menjadi individu muslim yang lebih baik? Atau kita kembali kepada insan yang sama sahaja seperti sebelumnya?  Satu perkara yang sering terjadi ketika waktu ramadhan adalah ramai diantara kita cuba 'pulun' sebanyak mungkin amal ibadah secara membuta tuli. Disini, bukanlah ingin mengatakan bahawa perkara itu tidak sihat, malah itu sesuatu yang sangat baik JIKA berlandaskan kefahaman dan ilmu! Benar, dalam bulan ramadhan ini, segala amal kita dilipat gandakan dan diberi ganjaran yg sangat besar. Malam al Qadar (lailatul qadar) contohnya menjanjikan kita malam yang lebih baik dari seribu (1,000) bulan! MasyaAllah, bukankah ianya satu ganjaran yang amat besar hanya buat ummat Muhammad SAW ini?yy Firman Allah dalam surah al-Qadr:  &

Sabarnya si murabbi

[SABARNYA SI MURABBI] Senyumannya tidak pernah lekang dibibir walau wajah tampak letih badan tampak lemah. Bicaranya seakan tidak pernah kenal erti penat. Ketawanya seakan tidak pernah bersua makna kekecewaan.  Setiap pesanannya disulami kasih sayang dan cinta bersandar Tuhan. Setiap tegurannya penuh rasa keikhlasan dalam membina. Setiap taujihatnya sentiasa menggugah jiwa serta menyirami hati yang kontang. Sabarnya si murabbi Biar berjuta kesalahan kita, dia tetap sabar dalam menegur. Menuntun kita untuk kembali akan hakikat berTuhan dengan penuh senyuman sayang. Tidak pernah ditinggikan suara malah tidak pernah ditengking hina. Hanya mutiara nasihat ikhlas yang tersusun indah untuk kita. Sabarnya si murabbi Jarak tidak pernah menjadi alasan untuknya. Demi mutarabbi tercinta, jarak yang jauh dirasakan dekat dek kerana rindu untuk bersua. Pulangnya lewat malam bukanlah penghalang bahkan satu kebahagiaan. Kerana dia tahu, jauh itu hanya fizikal dan dekat itu adalah

Perkenalan aku dengan usrah

Usrah? Hmm... Perkataan itu agak berkali juga kedengaran di gegendang telinga aku sejak dari bangku sekolah lagi. Bahkan, aku juga pernah menjadi 'abag naqib' di sekolah dulu. Pandangan pertama aku terhadap usrah ni adalah hanya sekadar satu bulatan yang akan membincangkan perkara yang sudah ada dalam sillibus. Cukup sekadar itu. Titik. Namun, semenjak lima (5) tahun dahulu ketika jasad ini sampai ke bumi Russia, semuanya berubah. Aku juga telah disentuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh usrah. kali ini agak berbeza dari apa yang aku rasai ketika berusrah dahulu. Entah kenapa. Kalau dibangku sekolah dahulu aku rasakan usrah itu seolah 'dibuat-buat' tetapi kali ini aku dapat rasakan ada cinta dan keindahan disebalik usrah itu. Masih segar dalam ingatanku, pertama kali disapa oleh bekas abang naqib aku. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Mosko, entah siapa sosok tubuh itu yang hadir dengan penuh senyuman manis sambil membawa rot

Abang naqib ni suka paksa la!

Satu keluhan yang sering kedengaran bagi mereka yang berada dalam kelompok 'budak usrah' adalah keadaan abang naqib mereka yang suka memaksa. Bahkan hal ini telah menyebabkan ada diantara mereka yg mengambil keputusan untuk 'berehat' dari usrah semua bagai ni. Tarik nafas, hembus.... Dari pengalaman aku yang ciput sepanjang berada dalam jalan ini, aku juga pernah mengalami perasaan yang persis mereka. Jauh disudut hati tidak senang dengan abang naqib yang asyik memaksa. Macam-macam la! Kene paksa datang usrah, datang daurah, datang mabit, hafal surah ini dan itu serta paksa untuk buat perkara yang kadang kala diri ini tidak suka. Nak ke usrah pun mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik, jumlahnya 2 jam. Ada juga kadang kala memakan masa 4 jam lebih pergi dan balik. Jauh. Ya sangat jauh dan memenatkan. Secara manusiawi diri ini juga pernah mengeluh akan semua ini. Mana masa aku untuk belajar, bersukan, bahkan mana masa aku untuk diri sendiri. Macam-maca

Hebat di dua padang

**artikel ini ditulis oleh saya untuk blog AZAM Russia ****** "Zat, jom gerak pergi futsal, Azwan dah tunggu tu." "Eh, kau ni nak gerak dulu, dah Asar belum?" balas Izzat sambil menghamparkan sejadah di sebelah katil. "Errrr...... Belum," kata Arsyad dengan muka tersipu-sipu macam kerang busuk. "Haaa. Kalau macam tu, jom join aku solat jemaah. Boleh dapat banyak pahala, insha Allah. Tapi kau jadi imam la. Hehehe..." "Mana aci. Kita osum , sapa kalah dia jadi imam," Kata-kata Arsyad itu disambut dengan gelak tawa mereka berdua. Seusai solat asar, mereka berdua berjalan ke arah padang futsal yang terletak dalam 700 meter dari asrama kediaman mereka. "Syad, aku nak tanya kau satu soalan ni. Eh, silap. Dua soalan la" “Eh, kau ni Zat. Ada ada saja. Dah, apa dia soalan kau tu,” Balas Arsyad sambil mengunyah roti слойка с сыром (roti bun berinti keju) yang dibelinya semalam. “Aku tengok kau