Skip to main content

Mari Menjadi ibadullah

Pejam celik pejam celik, ramadhan tahun ini kembali lagi. Allah, terasa begitu cepat masa berlalu, begitu pantas waktu bergerak. Adakah 11 bulan selepas kita menjalani madrasah ramadhan tahun lalu telah membentuk diri kita menjadi individu muslim yang lebih baik? Atau kita kembali kepada insan yang sama sahaja seperti sebelumnya? 

Satu perkara yang sering terjadi ketika waktu ramadhan adalah ramai diantara kita cuba 'pulun' sebanyak mungkin amal ibadah secara membuta tuli. Disini, bukanlah ingin mengatakan bahawa perkara itu tidak sihat, malah itu sesuatu yang sangat baik JIKA berlandaskan kefahaman dan ilmu!

Benar, dalam bulan ramadhan ini, segala amal kita dilipat gandakan dan diberi ganjaran yg sangat besar. Malam al Qadar (lailatul qadar) contohnya menjanjikan kita malam yang lebih baik dari seribu (1,000) bulan! MasyaAllah, bukankah ianya satu ganjaran yang amat besar hanya buat ummat Muhammad SAW ini?yy

Firman Allah dalam surah al-Qadr: 
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kamu ketahui tentang malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

Namun, persoalan yang sering bermain difikiran ini, ymengapa hanya setiap kali ramadhan kita rajin untuk ke masjid, rajin untuk membaca alQuran, rajin bangun malam, rajin menyalurkan sadaqah dan bagi persatuan baik persatuan pelajar atau apa sahaja 'galak' menganjurkan program 'islamik'? Syarikat-syarikat juga berlumba-lumba mencari rumah anak yatim untuk kononnya mengadakan corporate social responsibility (CSR) dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya.

Apakah pada bulan lain itu masa untuk bermaksiat dan jauh pada Tuhan? Allah, malang sungguh andai ramadhan yang berlalu itu GAGAL membentuk kita menjadi individu muslim yang lebih baik dan lebih dekat kepada Allah swt. 


****
Ketika artikel ini ditulis, aku sedang dalam kereta api bermusafir menuju ke satu Daerah pinggiran Mosko, Nizhny Novgorod. Jam menunjukkan 3.00 am. Tidak dapat melelapkan mata dek kerana minum kopi sebelum berangkat.

Aku merenung keluar jendela, menikmati keindahan cahaya fajar siddiq sambil muhasabah diri. Sejauh mana selama ini ramadhan telah membentuk diri aku? Adakah amal aku didalam bulan yang mulia itu hanya kerana namanya bulan ramadhan? 

Aku ini hamba ramadhan atau hamba Allah? Persoalan yang besar tiba-tiba bermain dalam fikiran. 

Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam.

Ayuh, kita nekad untuk memasuki ramadhan kali ini dengan penuh ikhlas untuk menjadi hamba Allah! Pertama, jom kita betulkan niat. Segala ibadah yang kita lakukan baik puasa, solat, tilawah, sedakah, dan lain-lain semata-mata hanya ingin mendapat redha serta balasan dari Allah swt.

Seterusnya, kita boleh set kan target atau pencapaian yang kita ingin capai. TETAPI, biarlah kita mengukur baju dibadan sendiri. Kalau kita tak mampu baca quran 2 juzuk sehari, kita baca 1 juzuk sehari. Biar sedikit tetapi istiqamah itu yang penting. 

Selain itu, kita mesti jadikan ramadhan kali ini sebagai satu turning point atau titik perubahan dalam hidup kita. Jika sebelum ini kita jarang membaca quran, jadikan ramadhan kali ini sebagai titik mula kepada perubahan diri. Insha Allah, jika perubahan itu kerana Allah, Allah alan bantu!

Ramadhan bulan keampunan, rahmat dan kasih sayang dari Allah. Jadinya, dalam bulan ini kita harus bersungguh-sungguh memohon keampunan kepada Allah. Mungkin kerana dosa-dosa kita yang berlambak telah menyebabkan kita leka dan lalai dari mengingati Allah. Mudah-mudahan keluarnya kita dari bulan ramadhan ini dengan hati dan jiwa yang lebih bersih. 

Dan yang terakhir, jika benar kita ingin menjadi lebih baik selepas ramadhan, jangan lupa untuk mencari biah (suasana) yang baik, sahabat yang soleh serta majlis-majlis atau tempat yang mengingati Allah seperti kuliah agama, surau, halaqah serta usrah. Mudah-mudahan dengan ini, kita akan sentiasa diingatkan dan mengingatkan diri untuk sentiasa berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini membawa perubahan yang besar dalam kehidupan kita. Beramal ibadat lah semata-mata untuk mencari redha Allah bukan kerana namanya Ramadhan.

Abu Hurairah RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadan yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, an-Nasa’i, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Yosh, mari menjadi Ibadullah!



Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege